السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Sejahtera / Warm Greetings.

YBrs Prof/ Dr/ Saudara,

Merujuk kepada perkara di atas, CCIN selaku penyelaras jaringan industri & komuniti telah membuka satu inisiatif bagi pengiktirafan projek-projek yang memenuhi ekosistem inovasi quadruple helix (GUCI – Government, University, Community & Industry) selaras dengan enVision UTM 2025.. Proses kerja pendaftaran & pengiktirafan AIMS4STAR telah diluluskan di peringkat pengurusan Jabatan TNCPI.

Sehubungan dengan itu, YBrs Prof/ Dr/ Saudara, adalah dipohon untuk membuat pendaftaran projek (melibatkan projek penyelidikan, pemindahan ilmu, atau lain lain yang memenuhi konsep Quadruple Helix) melalui platform yang telah disediakan seperti berikut:

LINK PENDAFTARAN: Pendaftaran Projek AIMS4STAR

Bersama-sama ini dikongsikan slaid taklimat dan glosari Jaringan Industri untuk rujukan YBrs Prof/ Dr/ Saudara. Proses pendaftaran akan dibuka selewat-lewatnya 28 Mac 2024. 

Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi urusetia jaringan industri CCIN iaitu, Puan Siti Hajar Mat Sarip, sitihajarms@utm.my /016-3410386.

Attachment: SLIDE TAKLIMAT PROSES KERJA AIMS4STAR

Share via
Copy link
Powered by Social Snap